Wednesday, 29 April 2015

SAJAK : SYUKUR

0



Menyesal
Rasa kesal menguasai diriku
Mengapa aku tidak pernah bersyukur ?
Sentiasa ghairah mengejar duniawi
Asyik mempersoalkan apa yang aku ada

Mengapa ?
Terlalu ego untuk sujud kepada-Nya
Mengapa lidahku terlalu keras untuk menyebut '' alhamdulillah ?

Dek kerna terlalu tamak menguasai kekayaan
Akhirnya aku tersungkur
Terlantar sepi di katil ini
Tiada teman yang tidak pernah aku hargai
Keseorangan mengemudi bahtera kehidupan

Namun aku masih bersyukur
Masih diberi peluang oleh-Nya
Terus berjuang meneruskan kehidupan
Ku isi detik-detik berharga ini dengan taubat nasuha
Moga taubatku diterima oleh-Nya

-MOHD NAZIRUL AKMAL BIN MALIEK ZALIEZAM-

Related Posts:

  • SAJAK : AKU TETAP AKU Aku tetap aku, Di sini mulanya sebuah perjalanan, Untuk mencari tujuan hidup, Untuk mencapai sebuah matlamat,  Aku tetap aku, Cita-cita memaksa kita untuk berpisah, Akur kepada takdir, … Read More
  • PUISI : SEDARKAH KITA Sedarkah kita?Tentang nasib saudara seagama,Yang ditindas,Dirampas hak asasi manusia?Sedarkah kita?Mereka disana,Menangis,Meratap,Atas kematian ahli keluarga,Yang dihukum tanpa salah.Sedarkah kita?Saudara kita di P… Read More
  • SAJAK : SYUKUR Menyesal Rasa kesal menguasai diriku Mengapa aku tidak pernah bersyukur ? Sentiasa ghairah mengejar duniawi Asyik mempersoalkan apa yang aku ada Mengapa ? Terlalu ego untuk sujud kepada-Nya Me… Read More
  • SAJAK : DUNIA KINI Apakah dirimu Mahu menjadi seperti Tuhan? Namun dirimu Mencipta, memusnah, menghukum sesuka atmamu. Apakah dirimu Sanggup menjadi hamba kepada wang dan kuasa? Dirimu sibuk mengejar limpahan kemewahan ya… Read More
  • SAJAK : MEMAAFKAN Jika kita benar-benar mahu hidup Mari belajar untuk memaafkan Hidup adalah untuk hidup Untuk mencintai dan menghargai Keindahan dunia ini Rasalah cinta akan setiap jiwa Bumi ini bukan tempat terakhir u… Read More

0 comments:

Post a Comment