Friday, 13 November 2015

BERSIHKAN KOTORAN HATI

0


Perkara yang tidak baik umpama debu; Walau macam mana pun kita elak, pasti akan ada yang melekat pada tubuh kita setiap hari. Apalagi dalam dunia sekarang ini. Ya, begitulah juga hati kita dan diri kita. Walau macam mana kita jaga diri, pasti akan ada kotoran yang melekat padanya. Manusia pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu kita membersihkan kembali kotoran yang  terpalit di hati kita. Antaranya termasuklah : 



1. Dekatkan diri dengan al-Quran


Jangan jadikan al-Quran hanya simpanan di dalam rumah. Sebaliknya bacalah ia. Sekurang-kurangnya usahalah baca satu muka surat al-Quran sehari. Jika mampu, hayati tafsirnya. Lebih baik jika mampu hadam isi kandungannya dan sekaligus mengamalkan isi kandungannya.


2. Usaha tinggalkan kejahatan

Tiada manusia yang sempurna. Kita semua pasti melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Tetapi, apa yang penting adalah kita menyesal dengan kesilapan yang telah kita lakukan itu dan benar-benar berazam untuk tinggalkannya.


3. Berteman dengan orang yang baik

Manusia selamanya tidak akan mampu untuk hidup sendiri-sendiri. Lidi sebatang pasti amat mudah dipatahkan berbanding segenggam lidi. Betul kan ? Jadi, tersangatlah penting untuk kita mempunyai sahabat yang bukan sahaja dapat menegur salah kita tapi juga dapat menasihati kita agar terus istiqamah atas jalan kebaikan.

4. Biah (suasana) yang baik

Biah itu maksudnya suasana, Suasana sekeliling sebenarnya sangat mempengaruhi diri kita. Carilah suasana yang dapat membantu dan mendorong kita untuk melakukan kebaikan. Apabila kita sentiasa dikelilingi dengan suasana yang baik, secara tidak langsung ia akan dapat memotivasikan diri kita untuk sama-sama melakukan kebaikan.

5. Sibukkan diri dengan kebaikan

Hati umpama sebuah bekas yang tidak pernah kosong. Jika sebuah bekas tidak diisi dengan molekul-molekul air, maka molekul-molekul udara akan berlumba-lumba mengisi ruang tersebut. Begitu juga halnya dengan hati. Jika kita tidak sibukkan hati kita dengan perkara-perkara baik, pasti ia akan dipenuhi dengan perkara-perkara baik, pasti ia akan dipenuhi dengan perkara-perkara yang jahat. Nauzubillah. 


6. Jaga solat

Cuba solat di awal waktu. Jangan bertangguh. Seboleh mungkin, tinggalkan urusan duniawi yang sedang kita lakukan dan bersegeralah menyahut seruan Allah. Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya) :



"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyang tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya ? Demikian keadaan amalnya yang lain." (HR at-Tirmidzi)

(Majalah Jom! : isu no. 30)


Related Posts:

  • PUISI : SAYANGI KELUARGA Bismillahirrahmairrahim .. Insyaallah hari ini kita akan memahami dan mendalami maksud yang terkandung dalam puisi pendek ini . Nampak biasa , namun ana yakin puisi ini serat dengan pengajaran yang berguna . Selamat … Read More
  • CERPEN FUTURISTIK : PERJUANGAN                Sebuah kereta menghampiri jet peribadi itu. Dua orang lelaki kelihatan keluar daripada kereta itu . Seorang daripada membawa beg bimbit yang dipegang rapi . Jur… Read More
  • SAJAK : ADIK Adik , ana yakin semua inginkan seorang adik kan ? Bagi yang ada tu, cepat ucapkan syukur hanya kepada Allah kerana Dia mengurniakan adik kepada kalian . Bagi yang tiada adik , jangan berasa sedih . Ada hikmah kena… Read More
  • PUISI : AJARKAN AKU ajarkan aku ilmu di dunia,agar tidak ku sesat terkapai-kapai,di dunia yang penuh helah dan tipu daya,yang sentiasa mencari mangsa,untuk dilalaikan hatinya dengan keindahannyaajarkan aku ilmu agama,agar tidak ku ten… Read More
  • PUISI : SEDARKAH KITA Sedarkah kita?Tentang nasib saudara seagama,Yang ditindas,Dirampas hak asasi manusia?Sedarkah kita?Mereka disana,Menangis,Meratap,Atas kematian ahli keluarga,Yang dihukum tanpa salah.Sedarkah kita?Saudara kita di P… Read More

0 comments:

Post a Comment