Saturday, 28 February 2015

PROGRAM "SOLAT MEMBINA SYABAB CEMERLANG"

0

Alhamdulillah , tanggal 27 Februari yang lalu , telah berlangsungnya satu program yang dinamakan Solat Membina Syabab Cemerlang yang dianjurkan oleh Alumni Badar Sehebat dibawah bimbingan dan tunjuk ajar ustaz dan ustazah di SEHEBAT ..

Alhamdulillah , program ini dilaksanakan khusus buat adik adik Tingkatan 1 bagi menyedarkan mereka kepentingan solat . Bukan itu sahaja , program ini juga bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada adik adik berkaitan pelaksanaan solat dan wudhu' yang sempurna ..


Walaupun hanya 4 orang Alumni Badar yang diberi kesempatan dan peluang oleh Allah untuk turun membantu , namun itu bukanlah satu penghalang untuk program ini dilaksanakan dengan jayanya kerana kami yakin bahawa bantuan Allah datang mencurah curah ..

Alhamdulillah , walaupun program ini dimulakan di awal pagi subuh sehingga ke lewat malam , namun adik adik begitu bersemangat dan bertenaga untuk mengikuti slot slot yang disediakan oleh abang abang dan kakak kakak yang sanggup turun ke Sehebat ..




Semoga ilmu ilmu Allah yang disampaikan kepada adik adik dapat diamalkan dan diterapkan untuk menjadi panduan hidup adik adik serta diri kami sendiri ..

Semoga adik adik samada yang mengikuti program ini mahupun tidak , dapat menjadi seorang Syabab dan Fatayat yang sangat sangat diharapkan Agama .. Yang mampu mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar benarnya di atas muka bumi pinjaman Allah ini ..

Hiduplah adik adik demi agama Islam yang Syumul ... Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik adik kami .. Insyaallah !
Wallahu'alam ..

Related Posts:

  • PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DALAM DAKWAH Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." (ali-'Imran: … Read More
  • SAJAK : SYUKUR Menyesal Rasa kesal menguasai diriku Mengapa aku tidak pernah bersyukur ? Sentiasa ghairah mengejar duniawi Asyik mempersoalkan apa yang aku ada Mengapa ? Terlalu ego untuk sujud kepada-Nya Me… Read More
  • SAJAK : MEMAAFKAN Jika kita benar-benar mahu hidup Mari belajar untuk memaafkan Hidup adalah untuk hidup Untuk mencintai dan menghargai Keindahan dunia ini Rasalah cinta akan setiap jiwa Bumi ini bukan tempat terakhir u… Read More
  • SAJAK : DUNIA KINI Apakah dirimu Mahu menjadi seperti Tuhan? Namun dirimu Mencipta, memusnah, menghukum sesuka atmamu. Apakah dirimu Sanggup menjadi hamba kepada wang dan kuasa? Dirimu sibuk mengejar limpahan kemewahan ya… Read More
  • PESANAN IMAM MUDA ASYRAF "Untuk yang baru nak buat dakwah, saya sarankan buat je. Yang penting kita kena buat dulu, terjah dan dapatkan hikmah di sebalik semua tu."       Jelas beliau, dakwah itu mudah, Ada bermacam m… Read More

0 comments:

Post a Comment